Tuesday, 19 June 2012

Ayat Perbezaan Antara Perempuan Lawa Dan Tak Lawa


Kalau perempuan lawa pendiam

Lelaki akan cakap: wow, ciri-ciri isteri idaman
 

Kalau perempuan tak lawa pendiam

Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul


Kalau perempuan lawa berbuat jahat


Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman ni...kasihan

Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat

Lelaki akan cakap: dah lah tak lawa, perangai pulak huduh


Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu


Lelaki akan cakap: heroin sejati!

Kalau perempuan tak lawa menolong

Lelaki yang diganggu akan kata: taktik nak ngorat lah tu


Kalau perempuan lawa dapat lelaki handsome


Lelaki akan kata: ok juga lah

Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki handsome

Lelaki akan kata: kasihan,mesti kena bomoh lelaki itu!


Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih


Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu

Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih

Lelaki akan kata: patut pun kena reject


Kalau perempuan lawa penyayang binatang


Lelaki akan cakap: perasaannya halus dan penuh kasih sayang

Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang

Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi


Kalau perempuan lawa bawa BMW


Lelaki akan cakap:
mesti anak org kaya ini...
 
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW

Lelaki akan cakap:
entah dato' mana bela ni


Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar


Lelaki akan cakap: pasti takut kalau gambarnya tersebar

Kalau perempuan tak lawa tak mahu bergambar

Lelaki akan kata: sedar pun diri


Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki


Lelaki akan cakap: caring sungguh

Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring lah tu


Kalau perempuan lawa bersedih hati


Lelaki akan cakap: dont worry, i will make u happy forever

Kalau perempuan tak lawa bersedih hati

Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada


Kalau perempuan lawa masak


Lelaki akan kata: dah lah lawa, pandai masak pulak tu

Kalau perempuan tak lawa masak

Lelaki akan cakap: entah sedap ke tak ?


Kalau perempuan lawa main-main miss call


Lelaki akan kata: tak mengapa

Kalau perempuan tak lawa main-main miss call

Lelaki akan cakap: anda ni tak ada kerja lain ke ? tgh sibuk ni tau..

 

Kalau perempuan lawa hantar email

Lelaki akan kata: sukenya

Kalau perempuan tak lawa hantar email

Lelaki akan cakap: balik-balik email dia..boring


Moral : Lawa ke tak lawa semuanya sama disisi Allah..yang membezakannya adalah amalan.


sumber : facebook 

1 Orang Puji Entri Ini:

haish tulaa pasal. lelaki slalu tak adil. sdey je :(

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )