Tips Untuk Menambahkan Berat Badan

Sebelum ini, agak ramai yang meminta cara menambahkan berat badan memandangkan aku kerap memberi tips menguruskan berat badan dengan cepat. heh! Kebanyakan orang melayu sangat bergantung kepada prescription ataupun ubat untuk mengemukkan badan. Tapi sebenarnya cara manual adalah lebih berkesan dan tidak memudaratkan anda. 
Untuk menambahkan berat badan sebenarnya bergantung kepada 3 perkara penting iaitu nutrition, training dan juga supplement. Tips kali ini adalah untuk menambahkan berat badan yang sihat dan bukannya menjadi gemuk. hehe!

Berikut adalah tips menambah berat badan yang sihat :
1. Banyakkan makan dan minum yang mengandungi karbohidrat dan protein tinggi. Seperti minum satu gelas susu setiap pagi, makan telur separuh masak dan hindari makanan yang banyak mengandungi lemak.

2. Minum suplement yang dapat menambah nafsu makan anda. Contoh, protein supplement dan creatine.
3. Menambah pola makan. Misalnya kalau sebelum ini anda cuma makan tiga kali sehari, cuba tambahkan menjadi lima kali sampai tujuh kali sehari. Tetapi jangan lupa memperhatikan kandungan gizi makanan anda.
4. Dengan menambahkan vitamin yang lengkap untuk tubuh anda. 
5.Jangan malas untuk melakukan senaman badan kerana anda tak perlu sayang untuk membakar lemak yang ada di tubuh anda. Basic senaman bagi mereka yang mengidamkan badan mantap dan less fat adalah dengan weight training. Kenapa weight training? Anda mampu menaikkan berat badan yang anda ingini tetapi anda lupa 1 perkara ”badan menggeleber”. ahaha. Cara untuk mendapatkan badan yang padat dan kemas adalah dengan kerap melakukan weight gain. Janganlah apabila baru sebulan – dua melakukan weight gain tetapi belum mendapat hasilnya, anda sudah mengalah yer.


Tips Untuk Menambahkan Berat Badan Tips Untuk Menambahkan Berat Badan Reviewed by Nick Nashram on 11:54:00 Rating: 5

3 comments:

  1. memang nak sangat naik berat badan..tapi susah sangat nak naik... -___-

    ReplyDelete
  2. jgn risau bro,cuba guna weight gain dan workout dekat gym. pas workout mkn bnyk protein cam telur separuh msk.

    ReplyDelete
  3. supplement yg nak naikkan berat bdan pun banyak sgt brand.tak tau yg mane paling berkesan ni.boleh tolong suggest tak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.