Timun Mampu Kurangkan Berat Badan

Isi timun mengandungi kandungan air yang tinggi. Manakala kandungan serat pada kulit pada kulit timun pula sesuai digunakan sebagai makanan untuk mencuci tubuh. Dikatakan jika kerap memakan timun boleh membantu tubuh membuang bahan buangan secara semulajadi melalui kesan diuretik dan laksatif. Keadaan ini sekaligus merangsang kesihatan dan menyerlahkan kesihatan kulit. 

Kehadiran asid caffeic di dalam isi putihnya dikatakan boleh membantu melegakan kulit yang mengalami masalah kemerahan dan keradangan. Gabungan sifat hidrasi dan khasiat semulajadi, menjadikan timun sesuai sebagai makanan penurun berat badan.
 
Isi timun yang dikatakan mampu merangsang pertumbuhan semula sel dan bertindak sebagai antioksida berkuasa. Kulit timun bukan sahaja sumber baik serat tetapi turut mengandungi sejumlah pati mineral seperti kalium yang baik untuk menyeimbangkan garam dalam tubuh, membantu mengawal tekanan darah tinggi dan menyokong kesihatan jantung.


Timun mampu bertindak sebagai enzim dan membantu tubuh menggunakan besi dan memproses lemak. Ia juga mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Zat dan khasiat timun hanya akan diperoleh jika dimakan tanpa membuang kulitnya.

Selain itu, isi timun boleh dimakan dengan tujuan untuk merawat kulit berjeragat dan ruam akibat panas. Jika tidak dimakan, isinya boleh dijadikan sebagai penyejuk kulit akibat terbakar dan luka-luka. Jus timun amat baik dalam membantu merawat penyakit gigi dan gusi. Kandungan mineral yang tinggi dikatakan mampu mencegah kuku tangan dan kaki pecah. 


Untuk kecantikan, timun bertindak sebagai pelembap semula jadi dan mecegah kedutan serta penuaan. Dengan meletakkan hirisan timun di sekeliling mata, ia mampu menghilangkan lingkaran hitam dan melegakan keletihan pada mata. Ia juga digunakan untuk merawat masalah mata bengkak dan sembap.
Timun Mampu Kurangkan Berat Badan Timun Mampu Kurangkan Berat Badan Reviewed by Nick Nashram on 10:45:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.