Tengok Rambut Nak Tahu Peribadi Anda



Tahukah kamu rambut sebenarnya boleh mencerminkan keperibadian diri? Setiap jenis rambut itu mempunyai penjelasan yang berbeza-beza dan menarik untuk disemak.

Panjang dan Kerinting 
 
 
Rambut panjang yang kerinting menunjukkan peribadi yang seksi, super feminin dan manis. Antara selebriti terkenal yang memiliki model rambut seperti ini adalah Taylor Swift, Sarah jessica Parker dan Gisele bundchen. Rambut panjang sesuai untuk gadis yang tinggi lampai dengan bentuk tubuh yang sedang atau langsing. Bagi yang berbadan montel dan berwajah kecil, hindarilah berambut panjang dan kerinting kerana ia akan membuatkan wajah dan tubuh kamu ‘tenggelam’.

Panjang dan Lurus 
 
 
Sensual, menggoda dan nakal. Itulah aura yang dipancarkan gadis yang berambut panjang dan lurus. Rambut panjang dan lurus sesuai bagi kamu yang ingin merasa imej seksi. Aktres Jennifer Aniston dan Blake Lively terkenal dengan gaya rambut seperti ini. Rambut panjang dan lurus sesuai bagi mereka yang bertubuh tinggi dan berjiwa muda. Bagi kamu yang berwajah panjang dan tirus atau bertubuh comel, hindari gaya rambut seperti ini.

Bob 
 
 
Rambut yang dipotong dengan gaya bob melambangkan peribadi seseorang yang kuat, elegan dan sederhana. Katie Holmes adalah salah seorang selebriti yang terkenal dengan potongan rambut ini. rambut bob mudah dijaga dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diuruskan. Mereka yang memiliki sepasang mata indah dan berhidung mancung paling sempurna menggunakan model rambut ini. Bagi kamu yang berwajah petak, hindari potongan rambut bob kerana ia akan menyerlahkan lagi bentuk rahang kamu.
Tengok Rambut Nak Tahu Peribadi Anda Tengok Rambut Nak Tahu Peribadi Anda Reviewed by Nick Nashram on 23:02:00 Rating: 5

1 comment:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.