Solat Yang Memang Allah Takkan Terima

Dalam hayat kita, berapa kali solat yang kita kerjakan dengan penuh khusyuk? Paling kurang kita menghadirkan hati dan segala anggota rukun untuk mencapai kekusyukan. Tapi yang paling kita takuti adalah adakah solat yang kita buat selama bertahun-tahun itu diterima oleh Allah atau tidak.
 
 
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 
 
 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
 
Sama-sama muhasabahkan diri. Mana perbuatan kita yang cacat itu diperbetulkan. Semoga amalan ibadah kita diterima oleh Allah.
Solat Yang Memang Allah Takkan Terima Solat Yang Memang Allah Takkan Terima Reviewed by Nick Nashram on 10:45:00 Rating: 5

1 comment:

  1. selalulah berdoa agar segala amalan dan solat yang dilakukan diterima allah.. amin...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.