Soalan Perempuan Kepada Lelaki

Setiap perbuatan lelaki akan menjadi persoalan kepada perempuan. Selagi mereka ne tak puas hati dengan persoalan dalam kepala diorang, selagi itu la mereka akan cari jawapan. Disenaraikan beberapa soalan-soalan yang perempuan selalu tanya mengenai lelaki.

Soalan     : Kenapa lelaki susah nak bagi pujian ?
Jawapan : Orang kata memuji tu tandanya menghargai sesuatu perkara. Tapi kalau nak puji perempuan tu, pihak lelaki tak nak tunjuk sangat. Bukan tak hargai tapi cara kami, menghargai dan memuji-muji biasanya dibuat di dalam hati.

Soalan     : Kenapa lelaki mudah lupa awek bila busy?

Jawapan : Well, lelaki sangat komited dalam melakukan sesuatu perkara tu. Bukan lupa tapi lelaki tak suka campur adukkan sesuatu perkara tu dengan perkara yang lain. Sepanjang masa nak ingat lama-lama jemu pula kang.

Soalan    : Kenapa lelaki suka perempuan freehair?

Jawapan : Yang ni mesti gadis bertudung yang bertanya. Hurmm, sebab perempuan freehair ni tak nampak hipokrit (bagi sesetengah lelaki).Tapi ingat! sesetengah lelaki je yang berfikir macam tu. Kalau pakai tudung tapi perangai tak serupa penampilan tak guna juga.

Soalan     : Kenapa lelaki suka menggatal?

Jawapan : Ramai yang tanya soalan ni. Eh, perempuan kadang-kadang lagi gatal dari lelaki tau. Cuma cara je lain. Kalau lelaki gatal semua orang nampak dia menggatal. Baru kenyit mata, baru buat peewit dah kata lelaki gatal. Tapi macam mana kalau perempuan yang kena kacau dengan lelaki yang dikatakan gatal tu? kalau dia tak layan takpela. Tapi kalau lelaki kacau dia menggedik, badan tiba-tiba jadi meliuk macam sotong tak ke gatal juga namanya tu? atau ada juga situasi macam perempuan tu duduk dalam bilik then borak-borak dengan roomate cerita pasal laki tu handsome la, lelaki tu macho la. Tak ke gatal namanya tu? Cuma orang tak nampak je.

Soalan     : Kenapa lelaki suka naik kereta daripada motor?

Jawapan : Sebab lelaki ni pandai berjimat. Macam perempuan dah tak ada duit pun tapi sebab nak jaga status punya pasal naik juga kereta. Bila tengah-tengah bulan dah takde gaji mulalah merungut. Tapi bukan semua perempuan perangai macam ne :)

Soalan     : Kenapa badan lelaki berbau busuk?

Jawapan : Amboi, lelaki ni aktif, cepat berpeluh. Sebab tu la berbau. Itu tandanya sihat. Tapi aku rasa badan lelaki tak la bau busuk bila time berpeluh. Alaaaa. perempuan tu pun bau busuk jugak kalau berpeluh. Tapi sebab korang dah sembur sebotol perfume macam mana tak wangi kan.

Soalan Perempuan Kepada Lelaki Soalan Perempuan Kepada Lelaki Reviewed by Nick Nashram on 10:04:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.