Persamaan Antara Kemenangan Kelantan Dan Chelsea

Kalau korang tengok tv semalam mesti dah tahu team mana yang jadi juara Piala FA. KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Aku siap tengok dekat kedai makan lagi. Tengok duk bersorak rupa-rupanya kami satu meja je sokong team Kelantan yang lain sokong team Sime Darby. Diorang bukan sokong SD sangat, ada yang lompat pasukan, maklumlah team diorang pernah kalah dengan Kelantan. Apa pun, kami layan je.

Kredit patut dibagi kepada Ghaddar, penyerang import dari Lebonan. Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti. Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.
Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun. Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.


Selepas tengok Piala FA, sambung pulak tengok Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Bayern Munich. Chelsea muncul juara kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti. Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.

Kemenangan Chelsea bermula dengan suasana tegang ketika Chelsea ketinggalan 0 - 1 dan Drogba kemudiannya mengikat perlawanan ke 1-1 dua minit sebelum tamat 90 minit. Kedudukan 1-1 mengheret perlawanan ke masa tambahan namun tiada sebarang gol berjaya dijaringkan dalam tempoh itu. Pada minit ke 93, Bayern diberi sepak penalti disebabkan Drogba mengasari Ribery. Namun, sepakan penalti yang di ambil oleh Robben gagal melepasi gawang apabila berjaya diselamatkan Chelsea. Bergegar kedai mamak dengan sorakan kemenangan Chelsea..glory chelsea glory!!! hahaha. So, Man City, Man Utd, Arsenal & Chelsea akan layak untuk ke UCL next season.
So, kalau korang tengok kat sini gol kemenangan kedua-dua pasukan adalah melalui penalti, Kelantan penalti dalam masa padang dan Chelsea penalti selepas 120 minit. Apa yang menarik lagi, Chelsea menang UCL buat kali pertama dan Kelantan juga menang piala FA buat kali pertama.
Satu lagi ramai yang duk komen pasal kemenangan melalui sepakan penalti ne. Kita main bola ne nak score, tak kira score dengan cara apa pun. Janji menang dapat piala. Kalau main untuk untuk hiburkan orang lain tapi tak dapat piala tak ada guna jugak. Dapat 'BOOOOO' ada la. Dalam bola ne ada 2 je, MENANG dan KALAH. Kalau seri pun, akan di bawa ke masa tambahan dan penalti. So, menang tetap menang. Yang menang bersorak, yang kalah banyak pula alasan yang dicari.


Persamaan Antara Kemenangan Kelantan Dan Chelsea Persamaan Antara Kemenangan Kelantan Dan Chelsea Reviewed by Nick Nashram on 09:23:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.