Nak Kurus : 7 Hari Diet Berkesan

 
Semakin tiba ke hari bahagia, nafsu makan semakin menjadi-jadi. Aduh, stressnya! Jangan panik. Itu ialah proses biasa. Semakin anda stres, semakin bertambah juga keinginan untuk mengunyah. Kali ini ada menu diet sepanjang seminggu untuk anda lakukan secara berterusan untuk hasil yang memuaskan.

Hari Pertama

Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan makan sup.

Hari Kedua

Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu. Paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang anda mahu. Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar. Amaran penting,lupakan mentega dan mayones. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa. 
 
 
Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. Bayangkan...

Hari Keempat

Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Anda dibenarkan untuk makan daging putih (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja. 
 
 
Hari Keenam
 
Anda dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
 
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
Nak Kurus : 7 Hari Diet Berkesan Nak Kurus : 7 Hari Diet Berkesan Reviewed by Nick Nashram on 11:13:00 Rating: 5

3 comments:

  1. kalau nafsu makan tu kuat, apa2 pun tak boleh tahan >_<'

    ReplyDelete
  2. dh ade testimoni ke?

    ReplyDelete
  3. xde testimoni,yg ne berdasarkan pembacaan je :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.