Membentuk Otot Lengan Dengan Pumping/Push Up

Pernah tak setelah anda melakukan latihan senaman badan, tubuh anda menjadi lebih berotot dan keesokan harinya kembali normal? Jadi, ini masanya untuk anda mengetahui satu langkah yang lebih sedikit dalam dunia fitness dan mencapai otot yang anda inginkan iaitu pumping. Apakah yang dimaksudkan dengan Pumping atau Push Up?
 

Ketika otot lengan anda digunakan untuk mengangkat beban dengan sejumlah beban, darah akan mula mengalir banyak ke otot anda. Semakin intensif anda berlatih maka aliran darah akan mengalir semakin banyak ke otot lengan anda hingga anda boleh rasa otot anda agak keras dan akan meletup bila – bila masa. hehe!

Tapi sebenarnya itu hanyalah perasaan anda saja. Tujuan dari aliran darah tersebut adalah untuk menyingkirkan racun-racun yang terbentuk dari kepenatan dan menampung lebih banyak tenaga dan oksigen. Jika anda boleh merasai kesan sebegini, maka inilah yang disebut pumping dan itu merupakan salah satu tanda bahawa anda sudah berlatih dengan optimal pada otot lengan anda.


Mengapa Mengecil?
Pertanyaan yang sering muncul ketika kita belum memahami tentang pumping secara betul. Ketika pumping, otot anda akan menjadi lebih besar seketika tetapi ini bukan kesan yang akan kekal kerana yang membesar pada waktu itu bukanlah otot tetapi pengaliran darah anda yang mengalir secara lebih cepat ke otot yang sedang dilatih sehingga tubuh menjadi lebih padat. Esoknya, mungkin anda akan melihat otot anda seakan mengecil semula kerana aliran darah kembali normal.

Ketika anda melakukan latihan-latihan yang boleh membentuk pumping pada otot anda, keuntungan yang anda perolehi bukan hanya memiliki penampilan otot yang lebih besar secara cepat tapi juga memasukkan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan otot anda.


Anda perlu ingat, dengan hanya pumping sahaja, otot anda tidak akan terus menjadi lebih besar kerana nutrisi yang tepat untuk pengisian otot anda sangat diperlukan untuk membuatkan otot anda berkembang. Dengan adanya aliran darah yang banyak ke otot anda, maka inilah waktu yang tepat untuk mengisi otot anda dengan nutrisi protein untuk pertumbuhan otot lengan anda. Fuhh, penat cikgu bagi syarahan hari ini. hehe!

Bagaimana Caranya?

1. Latihan

- Anda boleh melakukan Incline Dumbbell Bench Press dan Dumbbell Flyes.

- Anda perlu menggunakan beban yang lebih besar kemudian bertukar ke latihan lain yang melatih otot yang sama. Menggunakan drop set juga boleh dilakukan. 

2. Supplement

- Memperlebarkan pembuluh darah akan membantu aliran darah lebih cepat masuk ke otot. Itulah yang dilakukan oleh NO (nitrix oxide) yang boleh membantu proses pumping sehingga bukan saja otot anda menjadi tampak lebih besar, tapi juga lebih kuat dan tidak mudah penat.


Post a Comment

2 Comments

  1. Argh...sakitnya push ups haha...pernah sekali dpt cramp kt bahagian abdomen masa guna satu mesin ni kt Fitness First, nasib baik dia dtg sekejap2 je....terus tak buat push ups da lps tu hahaha...

    ReplyDelete
  2. Sy pernah injured masa pushup dan dapt injection masa rawatan, sekarang ni sakit da hilang tp susah nak pushup. Adakan itu kesan injection ataupun otot sy masih belum sembuh sepenuhnya ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.