Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan


Anda kacak tetapi hairannya masih tak punya pasangan. Sudah ramai wanita yang anda dekati tapi  tiada yang sudi menjadi teman hidup anda. Pernah tak anda terfikir mengapa? Jika begitulah situasinya, sudah tiba masanya anda untuk menilai diri. Walaupun anda kacak tapi adakah anda memiliki kriteria sikap yang diidamkan wanita seperti di bawah ini.

Boleh dipercayai
Biasanya wanita mencari lelaki yang boleh dipercayai dan jujur. Lelaki yang menjadi buaya darat lazimnya tidak jujur dan gemar mempermainkan hati wanita. Jadi, kalau anda mahu disayangi, jujurlah dan jadilah orang yang boleh dipercayai. 

Berani dan punya komitmen
Sesetengah lelaki takut untuk meluahkan kata-kata kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Jadilah lelaki yang berani kerana apabila mahu mengikat komitmen dengannya, anda harus memikul tanggungjawab besar.

Ikhlas
Selagi anda tidak jujur selagi itulah anda tidak menerima cinta ikhlas darinya. Sesetengah lelaki beranggapan pasangan tidak tahu segala tindakannya tetapi sekali rahsia anda terbongkar, hatinya begitu terluka dan pasti tidak mempercayai anda lagi. 

Romantis
Ramai wanita mengidamkan lelaki romantis. Romantis menambah baik pada suatu hubungan. Tapi awas, lelaki romantis ini biasanya dikaitkan dengan lelaki mata keranjang.

Pegangan Agama
Wanita bukan saja menginginkan kebahagian di dunia tetapi juga di akhirat. Oleh itu, mereka mencari lelaki yang ada cahaya keimanan dalam dirinya. Lelaki yang tahu hukum hakam agama dan bukan lelaki yang mengabaikan perintah Allah. 


Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan Reviewed by Nick Nashram on 19:34:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.