Kanak-Kanak : Antara Nasi Lemak Dan KFC

Baru-baru kecoh tentang makanan yang disediakan di kantin sekolah menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak? Benarkah? Adakah kantin sekolah harus dipersalahkan? Atau guru-guru? atau kementerian? atau balik kepada ibu bapa?



Dalam kes kanak-kanak obes ini, banyak penyebab kanak-kanak kini semakin ramai yang obes. Adakah kanak-kanak tersebut obes selepas ke sekolah? Apakah aktiviti hariannya? Apa peranan ibu-bapa atau penjaga mereka? Bagaimana makanan di rumah? Jika nak kata makanan di sekolah tidak sihat, apakah makanan di rumah sihat? Apa jenis pendidikan kesihatan yang diberi kepada kanak-kanak tersebut? Ada ibu-bapa mengajar mereka atau semata-mata berharap pada orang lain? guru? orang gaji? cikgu tuisyen?

Situasi di Malaysia…

1. Sejak anak kecil, bila makan banyak, ibu bapa akan cakap, ‘takpe, sihat’. Bila anak membesar, ibu bapa akan puji, ‘cute-nya anak aku’
2. Bila anak-anak menangis nak makan kfc, ibu bapa yang mampu akan cuba turuti. Konon sayang anak.
3. Bila anak-anak nak ps3 atau xbox atau yang sewaktu dengannya, ibu bapa akan usaha penuhnya keperluan anak. Sehingga tahap anak-anak terperap dalam bilik main permainan. Ibu bapa kata apa? ‘baguslah anak aku, tak keluar merayap’
4. Dirumah, pelbagai makanan segera disimpan seperti maggi. Bila lapar dan malas masak. Kata ibu bapa, ‘senang’
5. Bagi ibu atau bapa perokok. Apa masalahnya merokok di depan anak-anak. Betul tak?
6. Adakah ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Bapanya perut boroi. Anak-anak suka bermain dengan perut bapanya.
7. Bagi ibu bapa yang sibuk, serahkan penjagaan penuh kepada orang gaji. Keluar kerja seawal jam 6 pagi, balik anak dah tidur.
8. Bila anak nak keluar beriadah. Ibu bapa kata jangan. ‘Belajar lagi penting, jangan bermain’ ‘Pagi petang siang malam kena tuisyen’
9. Bila bangun pagi, kekadang ada yang tak sempat bagi anak makan sarapan.

Kesimpulannya...

Kita sebagai ibu bapa, kena bendung dan kawal perkara seperti ne, nanti takut bila anak-anak kita dah berumahtangga, diorang pun mengamalkan diet dan cara hidup yang tidak sihat disebabkan dah jadi kebiasaan atau habit. dan cucu-cucu kita juga mungkin akan follow. Perkara ini akan berterusan sehinggalah ada ahli keluarga yang mempunyai kesedaran, dan mengamalkan cara hidup dan diet dan sihat. 



Post a Comment

8 Comments

  1. Ikut situasi juga lah kut...
    kadang2 mak ayah yang memang suka manjakan anak
    kadang2 budak2 nih juga degil...dilarang tapi dia buat juga tambah2 dkt sekolah mak ayah tak ada nak tgok...
    hehehe...my 20 cent opinion :-)

    ReplyDelete
  2. betol2..rasanye kita ne cam amalkan double standard jer. kat sekolah ibu bapa x bagi mkn nasi lemak tapi bila keluar anak minta kfc atau mcd bagi je.pdhal sama je..haha.kalo xde kantin sekolah pon budak2 leh jadi obes.

    ReplyDelete
  3. macam mana nak tegur orang yg merokok hah?
    kadang2 tu lepas asap ikut suka hati dia je. yang duduk keliling dia pun rimas, dah..

    ReplyDelete
  4. cakap je saya ne sensitif ngan perokok dan bau rokok. Kalo orang tu sedar dia akan pegi merokok tempat laen. Kalo dia dek je, sound je..hahah.perokok pasif lebih bahaya dari perokok tegar.

    ReplyDelete
  5. Serious tak patut parents macamtu. Sepatutnya mmg kena jaga pemakanan anak2. Budak2 mana tahu. Tahu makan je. Kan kan? :)

    smokerss. Memang saya anti laa smokers ni. Kalau dia je yang kena effect takpe. Ni tak, kita pun terkena side effect from asap tu. Haihh --"

    ReplyDelete
  6. ardini izzati : hahah,,budak2 tahu makan je.mak bapak ne pulak apa je yang anak diorang nak terus beli.x pk pasal long term effects, baik ke buruk. Asap rokok baunya kuat.perfume pon kalah.sila lari kalo jmpa ngan perokok (:

    ReplyDelete
  7. kesihatan anak-anak bermula dari cara ibu bapa menjaganya..makan ringan boleh kadang-kadang untuk meraikan atau sekadar suka-suka namun jangan selalu untuk mengelakkan obesiti.

    ReplyDelete
  8. duan : setuju, kalau setakat sekali sekala xde masalah. sebab kita pun kdg-kdg makan jugak.jgn sampai jadi tabiat pemakanan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.