Tanda-Tanda Sindrom Montel/Obesiti


Sudah cuba pelbagai cara untuk kurus tetapi tidak berhasil? Sudah puas bersenam, berpuasa, mengurangkan kalori malah menggunakan teknik laser dan sedut lemak, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan? Jika segala usaha terbabit tidak memberikan sebarang hasil, maknanya anda berhadapan dengan situasi obesiti degil.

Apabila seseorang dilanda obesiti degil, dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel. Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami pembesaran buah dada tidak terkawal. Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal.


Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel. Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis. Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.

Sebab itu golongan ini sering menjadi mangsa keadaan kerana terpengaruh untuk membeli pelbagai barangan kosmetik demi mengubah penampilan supaya kembali cantik. Apabila ditanya mengapa mereka menitikberatkan kulit muka tetapi membiarkan tubuh kekal gempal, jawapan yang diberikan ialah kecewa kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan.

TANDA-TANDA SINDROM MONTEL/OBESITI

- Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri. Mood mereka kerap berubah-rubah.

- Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah. 

- Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing. Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar. 

- Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.

- Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.

- Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.

- Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis.

RAWATAN OBESITI


Rawatan obesiti bukan semata-mata mengurangkan makan dan bersenam. Apabila sudah obes, sel-sel lemak mengeluarkan banyak estrogen yang merosakkan hormon dalam tubuh membawa kepada sindrom montel. Ia memerlukan rawatan khusus. Salah satunya ialah melalui enzim terapi estetik. Ia merupakan rawatan terbaik kerana mengambil kira semua aspek yang menyumbang kepada sindrom tersebut.

Tanda-Tanda Sindrom Montel/Obesiti Tanda-Tanda Sindrom Montel/Obesiti Reviewed by Nick Nashram on 16:45:00 Rating: 5

3 comments:

  1. alamak.. takutnye.... huwaaaa

    ReplyDelete
  2. haa,,kena ingat.montel pon leh tukar jadi penyakit.

    ReplyDelete
  3. comel xpe jangan montel.. http://taufikmaria.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.