Thursday, 10 May 2012

Cara Nak Kurangkan Sakit Ketika Haid (PMS)

Apakah cara-cara untuk mengurangkan kesakitan ketika haid (PMS)? 


Perlukah saya makan ubat untuk mengurangkan sakit ketika haid? Jika perlu, apakah ubat yang sesuai? Atau ada tak apa-apa makanan yang saya perlu berpantang? Dekat sini ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan ketika haid.
1. Pemakanan Sihat

Serat yang tinggi dalam makanan mampu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan. Masukkan banyak buah dan sayuran dalam diet harian. Elakkan kafein seperti yang terdapat dalam kopi, coke dan sebagainya. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula serta yang pedas atau yang banyak mengandungi rempah, minyak dan lemak.

2. Makanan Tambahan

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E, thiamine dan omega-3 mengurangkan kekejangan ketika haid. Zink dan kasium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan. Semuanya perlu diambil 2 hingga 3 bulan untuk menampakkan kesan.

3. Seks

Bagi perempuan yang sudah berkahwin, aktiviti seksual yang kerap mampu mengurangkan kesan haid. Orgasm merembeskan oxytocin yang mana membantu mengurangkan kesakitan.

4. Regangan

Terdapat beberapa regangan yang mampu mengurangkan kesakitan dan kekejangan. Cuba buat beberapa langkah yoga yang sesuai untuk mengurangkan gejala tersebut. Ianya juga sesuai dilakukan ketika PMS.

5. Baju Longgar dan Mandi Air Panas

Elakkan pemakaian pakaian ketat. Pakaian ketat memberi tekanan pada perut. Pada waktu malam ketibaan haid itu, seelok-eloknya mandilah dengan air panas. Selain itu, boleh juga diletakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit.
 
6. Senaman Ketika Haid

Lakukan senaman ringan ketika PMS seperti berjalan dan sebagainya. Perjalanan darah yang lancar mengelakkan daripada kekejangan.

7. Baring

Baring dengan kedudukan yang berbeza seperti disamping atau menghadap ke bawah. Boleh juga baring seperti biasa tetapi letakkan bantal di bawah kaki.

8. Aromaterapi

Aromaterapi memberi anda rasa yang sangat menyenangkan. Campurkan minyak aromaterapi dalam mandian anda atau sapukan minyak aromaterapi.

9. Haiwan

Letakkan haiwan kecil seperti kucing di atas perut. Pastikan dia diam di situ. Getaran daripada kucing tersebut membantu merehatkan otot anda manakala haba daripadanya mengurangkan kekejangan.

10. Urut


Urut di bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja di situ.

0 Orang Puji Entri Ini:

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )