Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Aku baru je beli buku bertajuk Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab. Buku ne diterbitkan untuk menjawab berkenaan dengan permasalan semasa. Bagi aku, buku ne sangat bagus sebab kebanyakan masalah yang ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus adalah berkenaan dengan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita. Harga buku ne tak mahal, dalam RM 15.00 jer.


Kat sini ada beberapa soalan yang ditanya oleh orang kita kepada Ustaz Azhar, so nak share lah dengan korang semua. Antaranya soalan-soalan yang ditanya ialah :

1.Cara Mandi Wajib 
Soalan : Apakah boleh ustaz jelaskan tatacara bagaimana mandi wajib dengan sempurna. Saya bimbang sekiranya saya silap mandi wajib sehingga menyebabkan amal ibadah saya menjadi sia-sia.

Jawapan : Cara mandi wajib yang sempurna ialah bermula dengan membersihkan kemaluan daripada najis, kemudian mengambil wuduk. Selepas itu, dimulakan mandi wajib dengan menjirus kepala sambil berniat "Aku mandi wajib kerana Allah Taala". Kemudian basuh bahagian badan dari atas ke bawah dengan tiga kali basuhan. Sewaktu membasuh bahagian kemaluan, perlu duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan tubuh. Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya supaya mandi kita sah bagi beribadah.

2. Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang
Soalan : Apakah hukum mengambil wuduk tanpa menutup aurat atau bertelanjang?

Jawapan : Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wuduk. Tetapi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib. Bagaimanapun, wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang adalah sah.

3.Kerap Tertinggal Solat Subuh
Soalan : Saya selalu tertinggal solat subuh kerana susah bangun pagi walaupun sudah mengunci jam. Tetapi saya boleh pula bangun pada jam 10,11 atau 12 tengah hari sebelum zuhur. Persoalannya, bolehkah saya mengerjakan solat subuh sebaik sahaja bangun tidur? Adakah saya berniat solat qada?

Jawapan : Seseorang yang meninggalkan solat dengan tidak sengaja seperti tidur ataupun terlupa, wajib digantikan solat itu dan dikira tidak berdosa sebagaimana meninggalkan solat dengan sengaja. Menurut pendapat yang masyhur dalam kalangan sarjana-sarjana fikah mazhab Syafie, tidak wajib meniatkan qada, tetapi memadai dengan niat menunaikan solat subuh seperti biasa.

4. Hukum Onani
Soalan : Apakah hukum apabila individu itu melakukan onani? Sekiranya tidak beronani, mungkin beliau akan melakukan maksiat. Apakah kesan onani kepada tubuh badan dan minda?

Jawapan : Hukum onani tetap haram sekalipun diberikan alasan akan berzina kerana Nabi Muhammad memberikan penawar bagi membendung gelora nafsu ini dengan menunaikan ibadah puasa. Kesannya kepada tubuh badan antaranya melemahkan akal dan ingatan, sperma yang terhasil tidak sihat, penyakit lenguh dan menyebabkan mati pucuk.

Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan dalam buku ne. Cukuplah dengan 4 soalan serta jawapan hasil daripada soal jawab dalam buku ne dulu. Kalau korang nak tahu lagi, cepat-cepatlah beli buku ne. Takkan harga buku bercorak agama RM 15.00 kita tak boleh beli sedangkan benda lain yang nilainya lebih besar senang je kita beli. Tak rugi anda membelinya.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Reviewed by Nick Nashram on 02:58:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Nice entry :) Nanti saye akn beli buku tu .

    ReplyDelete
  2. mengenai harta pusaka, sekiranya seseorang itu meninggal dunia lalu dia akan meninggalkan segala harta pusakanya kepada waris2 beliau. Persoala saya adalah, sekiranya seorang bapa itu meletakkan nama anak anaknya sebagai pewaris harta pusaka tersebut, adakah orang lain seperti pakcik sebelah bapa atau seibu sebapa itu harus juga diberikan harta tersebut? wajibkah ianya diagih2 mengikut faraid walaupun harta tersebut telah diberikan kepada nama2 anak beliau? atau nak senang faham, jika seorang ayah menamakan hartanya kepada seorang anak sulung, adakah ianya tetap perlu malalui proses faraid supaya dapat diagih agihkan kepada anak2 yang lain?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.