3 Kesalahan Ketika Mengangkat Dumbbells


Dumbbell adalah salah satu alat yang digunakan untuk semasa workout. Disebabkan harganya murah, ianya boleh dibeli dekat pasaraya atau kedai fitness serta boleh digunakan kat rumah walaupun tanpa instructor. Tapi, penggunaan dumbbell untuk menguatkan otot perlu dibuat dengan berhati-hati. Elakkan daripada melakukan kesalahan ketika mengangkat dumbbell seperti di bawah ini.

1. Menggunakan dumbbell yang sama ketika mengangkat berat.
Kenapa tak boleh : Ini kerana tidak semua muscle mempunyai kekuatan yang sama. Angkat berat dengan menggunakan dumbbell yang ringan tidak akan menguatkan body dan angkat berat dengan menggunakan dumbbell yang terlalu berat akan memberi risiko untuk terseliuh atau mengoyakkan otot.

Cara nak atasi : Guna dumbbell yang mempunyai berat berlainan, bergantung kepada jenis workout dan kekuatan otot anda. Anda akan tahu berat dumbbell yang sesuai untuk digunakan apabila otot anda letih selepas 8 hingga 12 reps.

2. Memaksakan diri semasa mengangkat berat.
Kenapa tak boleh : Strength training ialah cara bagaimana untuk menguatkan otot dan untuk menjadikan otot anda kuat dan ianya perlu dilakukan dengan tenang. Fokus kepada bahagian biceps yang tertentu dahulu sebelum berubah kepada exercise lain. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan. 

Cara nak atasi : Fokus hanya kepada bahagian tertentu sahaja. Sebagai contoh : jika anda buat triceps kickbacks, fokus untuk bahagian itu dahulu dengan relak sebelum beralih kepada exercise lain.


3. Menggunakan momentum untuk mengangkat dumbbell.
Kenapa tak boleh : Menggunakan momentum ketika mengangkat dumbbell bermakna anda tidak menggunakan sepenuhnya otot tetapi menggunakan daya untuk mengangkat dan menurunkan dumbbell. Secara tidak langsung ianya membazirkan masa dan kurang memberikan kesan.

Cara nak atasi : Perlahankan anda punya reps semasa mengangkat dumbbell. Ini akan mengurangkan cara anda mengangkat dumbbell dengan menggunakan momentum sebaliknya ianya akan memaksa anda untuk menggunakan sepenuhnya kekuatan otot semasa mengangkat dan menurunkan dumbbell.


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.