Ciri-Ciri Lelaki Yang Layak Untuk Dijadikan Suami

Kepada yang masih single, sedang bercinta, yang dilema tak tahu nak pilih yang mana satu jejaka idaman, kat sini ada beberapa tips untuk perempuan di luar sana mencari lelaki idaman mereka untuk dijadikan sebagai suami. 

 
Spesifikasi Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami :

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah ok. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh. Kalau hujan basah. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tak adalah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengurat jiran taman sebelah.

7. Dia faham kamu, kamu faham dia. Saling memahami. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis pendiam tak adalah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak adalah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang harganya mahal. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.


18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang-kadang tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak ada la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Kepada golongan lelaki diluar sana, adakah anda termasuk dalam kriteria di atas? Kepada golongan perempuan pula, adakah kriteria di atas cukup untuk si dia menjadi suami idaman anda? Fikir-fikirkanlah.

Post a Comment

5 Comments

  1. Mintak2 laa dapat laki yang macamni. Takyah risau pape dah :D

    ReplyDelete
  2. hehehehe sukalah entry nie, mai share blog ni kat fb mai ye :)

    ReplyDelete
  3. Cikgu2 nak tanya..

    kriteria kat atas ada tak kat cikgu? haahak :D

    ReplyDelete
  4. belom kahwin lagi so ada sikit2 kriteria yg xde.cuba perbaiki lagi diri cikgu sekarang ne :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ~ R.A ni sdh pun menemui lelaki yg brciri2 layak utk menjadi suami. Jujur R.A nk katakn, sblum dgn dya, R.A ni bkn la nk jual mahal tp dh namanya pmpn. R.A ckp la dgn dya, sy cari suami bukan boyfriend, sy cari lelaki yg mampu membimbing sy ke jln rumah Allah SWT bukan Api neraka. . . klu ckp sy klu kawen nak rmh besar, kereta mewah.. mmg la blh d beli , tapi pahala n amalan2 yg wajib d kerja kn utk blik ke sisi Allah SWT bkn dpt dgn wang ringgit. . :) R.A mendoa kan semoga semua umat manusia menjumpai psgan hidup mereka dan hidup bahagia bersama2 :) Amin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.