Rahsia Untuk Membina Otot Dengan Cepat!

Memang semua orang nak besarkan otot, cari formula workout yang paling berkesan, supplement yang terbagus, hingga sampai ada yang cucuk botox untuk besarkan muscle. Kalau ada magic yang boleh besarkan muscle hari ne jugak kita bole buat,,hahah.

Aku bukan nak cerita pasal latihan terbagus, supplement terbaik, atau botox terbaik. Apa yang aku nak cerita ne tentang benda-benda yang korang lepas pandang dan korang tak terpikir pun boleh contribute untuk membesarkan muscle korang.

KORANG MESTI BERUBAH

Ada perbezaan, antara hanya minat, dan jugak actually doing it. Buang semua alasan alasan seperti aku penat, makan tak cukup, tak ada protein, gym jauh,bayaran mahallah dan macam macam lagi. Korang mesti buat, bukan berkehendak sahaja. Ingat nak kurus, tak nak gemuk.

LEPAK DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA

Kalau korang merokok dan nak berenti merokok, korang nak duduk dengan kawan-kawan yang masih lagi merokok atau nak lepak dengan kawan-kawan yang berenti atau tak merokok? Mana lebih senang nak berenti? Sama macam korang yang selalu pergi gym. Kalau korang lepak dengan orang yang tak pergi gym, korang akan start ponteng, mula rasa tak ada motivasi, malas, sebab tak ada orang yang nak push korang nak ke gym. Kene kutuk lagi adala.

Korang kene lepak dengan orang yang sama-sama pegi gym, supaya boleh train skali, dan korang rasa malu kalau ponteng. Bukan maksud aku korang terus tinggalkan kawan-kawan yang tak pergi gym, tapi kalau boleh kurangkan lepak, sebab diorang tak tahu komitmen kita nak jadi bodybuilder ni. Bagi diorang, ia adalah asing.

TRAIN DENGAN ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN

Bila kita train dengan orang yang lagi berpengalaman (otai), kita macam berguru dengan dia. Banyak ilmu yang korang dapat yang tak ada dalam buku excersice, sebab pengalaman dia banyak. Kalau dapat otai yang ada dua-dua lagi bagus, pengalaman dan jugak fakta. Sama jugak dengan orang yang lagi kuat dari kita. Kita akan rasa tercabar nak catchup dengan partner kita so korang akan menjadi lagi kuat dengan secara tak sedar.

PILIH GYM YANG KONDUSIF

Lah, memang la, nak besar mesti lah pegi gym kan. Tak kira la gym commercial ke, gym rakyat ke, home gym ke. NO! Kalau korang betul-betul nak jadi kuat, dan membesar bagai johan (iklan milo) korang kena pilih gym yang kondusif untuk menjadikan korang besar dan kuat. Kalau gym korang, penuh dengan orang tua, makcik, banyak beginners, yang anggap angkat 20 kg tu dah kira berat gila, macam mana korang motivated untuk jadi kuat?

Kalau gym korang ada ramai bodybuilder, yang selalu angkat insane amount of weight, korang akan rasa motivated untuk angkat macam diaorang. Akan rasa semangat. Equipment jugak memainkan peranan yang penting. Kalau machine tak cukup, weight tak cukup, macam mana korang nak buat resistance overload? Memang boleh tambah reps, tapi tak sama dengan tambah berat.

KORANG MESTI ADA MATLAMAT SPESIFIK

Matlamat mesti spesifik dan jugak mesti ada deadline. Tak kira la nak kuruskan badan, ke nak kahwin ke, nak pergi pantai ke, nak masuk marathon ke, aper saja, mesti ada end date. Matlamat yang tak spesifik, selalunya tak menjadi sebab tak ada end date. Aku nak lose weight tahun ni. Bila? Esok? minggu depan? Matlamat yang bagus, mesti ada objektif, jangkamasa dan jugak sebab. Contoh, mulai 1 hb August ni aku nak turun kan pinggang aku dari 38 inci kepada 30 inci untuk hari perkahwinan aku pada 1 hb November ni. Itu baru matlamat! 

Post a Comment

5 Comments

  1. salam....nice blog and tq for visit my blog..

    ReplyDelete
  2. Kena latihan stamina, tak dinafikan juga sistem pemakanan penting.Apapun dah berumur x dapat lah join..)

    ReplyDelete
  3. Blog yang baik...
    Salam kenal ...dan follow

    ReplyDelete
  4. artikel yang elok dan cara bina otot ini guna tuk kesihatan badan,makasih
    Home Gym 3 Sisi , Jual Treadmill Elektrik , Alat Olahraga Lari

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.