Mencari Suami Idaman


"Beruntung kamu Liza, dapat suami macam Zul. Sabar, ringan tulang buat kerja rumah, jaga anak, romantik pulak tu. Tak macam suami aku, langsung tak ambik tahu pasal semua tu"

Hmmm...bagi yang dah berkahwin, korang pernah tak dengar atau alami situasi seperti ne? Ia bukan cerita baru sebaliknya diungkitkan berulangkali. Ketika bersama rakan-rakan, mulalah para isteri masing-masing membandingkan suami. Ada yang merasa suami kurang prihatin, ego, berat tulang dan macam-macam kekurangan lagi. Suami yang macam mana sebenarnya idaman dan dimahukan oleh seorang isteri?

Sedia Mendengar
Punya telinga tapi kalau tak mendengar tak ada guna jugak kan. Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya. Walaupun isteri hanya sebagai suri rumah namun mereka juga berhadapan dengan masalah yang ingin dikongsi dengan suami seperti anak yang nakal ataupun cerita ketandusan idea untuk memasak. Bagi isteri yang berkerjaya apatah lagi. Dari rakan kerja yang suka bergosip hinggalah tentang bos yang cerewet di pejabat.

Menghargai
Tidak hanya suami yang ingin dihargai, wanita yang bergelar isteri pun ingin dihargai oleh suami mereka. Kepada suami, cuba ucapkan terima kasih kepada isteri semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang atau memuji masakan isteri. Jangan membandingkan masakan isteri dengan masakan di restoren. Kecik hati si isteri.

Tidak Sentiasa Menyalahkan
Kalau isteri tersilap, si suami jangan pulak cepat melenting, marah-marah isteri. Daripada menarik muka masam, baik minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil bagi nasihat.

Boleh Menerima Pendapat Isteri
Kadang-kadang lelaki enggan menerima pendapat isteri lebih-lebih lagi kalau isteri berkerjaya lebih tinggi. Mungki bimbang ego dan statusnya sebagai ketua dalam keluarga tercalar. Walaupun berperanan sebagai ketua keluarga, suami tidak sepatutnya membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan isteri. Kalau ada apa-apa masalah, berbincanglah dengan isteri.


Yang ne aku nak share buku bertajuk 31 Ciri Suami Idaman oleh Siti Nor Bahyah Mahamood dan Zulina Hassan yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd yang berharga RM19.90. So, dalam buku ne terdapat 31 tip. Harap-harap korang dapatlah cari suami idaman tu.Peace :)

Mencari Suami Idaman Mencari Suami Idaman Reviewed by Nick Nashram on 08:43:00 Rating: 5

2 comments:

  1. nak sgt dapat suami yg ada ciri2 diatas.. ;)

    ReplyDelete
  2. insha allah.doa supaya dpt suami dan isteri yang soleh dan solehah (:

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.