Mandi Malam : Elok Atau Tidak?


Mandi malam selalu dikatakan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan seseorang. Namun kita perlu faham bahawa mandi malam adalah aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan. Malaysia mempunyai iklim tropika iaitu cuacanya panas dan lembap. Justeru, mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Jika anda menghidap pneumonia dan tinggal di negara beriklim sejuk maka mandi malam tidak digalakkan. Jadi, kita di sini tiada masalah jika mahu mandi malam kerana membersihkan badan sebelum tidur boleh membantu melenakan badan.

Kalau anda selalu mandi malam, guna air hangat. Mandi air hangat membantu membuka liang roma dan menghilangkan toksin. Air hangat juga mengurangkan sakit otot dan membantu menghilangkan stress.

Mandi Malam : Elok Atau Tidak? Mandi Malam : Elok Atau Tidak? Reviewed by Nick Nashram on 09:33:00 Rating: 5

1 comment:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.