Dosa & Hukuman Meninggalkan Solat


Banyak yang akui bahawa solat tu tiang agama, solat mencegah kemungkaran, solat tu salah satu daripada rukun islam tapi tak banyak yang mengamalkanya. Allah tak redha bagi manusia yang tak patuh pada suruhannya untuk tinggal di muka bumi dan guna nikmat kurniaanya. Kalau Allah tak redha manusia seperti ini maknanya kena cari dunia yang sendiri lah.Ingat, hidup hanya sekali. Bila dah mati, menyesal sampai keluar air mata darah sekalipun dah tak berguna. Seksaan Allah tuh sangat dahsyat, lebih dari seksaan kat dunia.Kalau api kat dunia dah rasa panas apatah api neraka yang berkali-kali ganda panasnya.

Hukuman Terhadap Mereka Yang Meninggalkan Solat Fardhu
 
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

Ketika anda sudah habis membaca artikel ini cuba tanya pada diri sendiri. Berapa banyak dah solat yang kita tinggal samada sengaja atau tak sengaja? Adakah kita masih menyedut udara untuk bernafas? Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Bertaubat sebelum pintu taubat masih dibuka. Ingat, sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan. 

Dosa & Hukuman Meninggalkan Solat Dosa & Hukuman Meninggalkan Solat Reviewed by Nick Nashram on 19:40:00 Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.