Wednesday, 11 April 2012

Cara Nak Hilangkan Selulit Di Paha


Selulit sering muncul pada bahagian paha dan punggung. Masalah selulit sering dialami setiap wanita tidak kiralah yang bertubuh gempal atau kecil. Kehadiran selulit ini terutamanya di bahagian paha dan pinggul, memang merungsingkan setiap wanita yang mementingkan penampilan. Ramai yang mengeluh apabila melihat tubuh yang dipenuhi selulit di depan cermin. Namun, berapa ramai yang berusaha untuk menghilangkannya?

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan selulit di tubuh anda itu. Antaranya:

Makanan Seimbang

Pilih makanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. Lebihkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air secukupnya mengikut keperluan tubuh anda. Pilih air putih atau jus buah-buahan.


Pengambilan Teh Diuretik/ Herbalife

Amalkan meminum teh diuretik atau herbalife sebagai diet harian anda. Teh diuretik boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.


Kurangkan Gula
 
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti biskut, ais krim, coklat dan minuman ringan.


Bersukan dan Beriadah
 
Amalkan aktiviti sukan atau riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi membantu proses pembakaran lemak, bersukan juga amat baik untuk jantung anda.


Sauna dan Mandi Wap
 
Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan rawatan sauna atau mandi wap.


Elakkan Kafein
 
Jika sering menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari, cuba kurangkan pengambilannya. Elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi dalam satu hari.


Kurangkan Garam
 
Pengambilan garam secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh anda. Begitu juga dengan penggunaan santan. Gantikan dengan susu cair rendah lemak. Selain itu, pilih daging yang tidak mengandungi lemak dan ayam yang telah dibuang kulit ketika menyediakan sesuatu masakan.
 
Guna Ampas Kopi
 
Campur ampas kopi dengan sabun atau body lotion. Sapu dekat badan dan biarkan beberapa minit dan bilas.


2 Orang Puji Entri Ini:

woah,

cheq kak kat rumah aku ni mesti gembira baca tp buat tak gembira sebab terseksa ;- financially, mulut-ly, perut-ly :D hehehe

p/s: herbalife mahal nak maintain.

herbalife yang mana satu?
boleh erk?

Post a Comment

Setiap komen anda amat dihargai : )